Kelebihan Hari Jumaat.
Hari Jumaat di kenali sebagai “Sayyidul Aiyam” iaitu Penghulu segala hari.
1. Berlakunya Hari Qiamat.
Dalam suatu hadis
riwayat Muslim, RasuluLlah SAW ada menyebut bahawa:
“Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah
seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan
permintaannya.”
Dalam hadis lain,
RasuluLlah SAW bersabda yang bermaksud :
“Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan
ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak
terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal
daripada hari Jumaat.”
2. Nabi Adam Diciptakan Dan Baginda Juga Disingkirkan Dari Syurga.
Hari ini nabi Adam a.s
diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada
Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari
itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari
syurga.”
3. Penghulu Segala Hari.
Jumaat ini adalah hari
yang sangat-sangat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih
sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis
Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat
dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik
hari).” Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat
Jum’aat.
4. Selamat Dari Fitnah Kubur Bagi Yang Mati Pada Hari Jumaat.
Menurut Rasulullah SAW:
“Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam
Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”
5. Kebaikan Dengan Memotong Kuku.
Ibnu Masud berkata,
“Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan
menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
6. Makbulnya Doa Di Antara Dua Khutbah.
“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin
apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah
memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu
kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Berdasarkan hadith
Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud:
“Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam
ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan
dimakbulkan.”
Dan Rasulullah SAW
menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi Burdah bin Abi
al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah
bin Umar r.a pernah mendengar bahawa RasuluLlah SAW pernah menjelaskan bahawa
waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar
sehingga solat selesai didirikan. Hadith Rasulullah SAW daripada Jabar r.a pula
mengatakan ianya adalah pada hari Juma’at, akhir waktu Asar. (Riwayat Abu Daud,
An Nasa’iy dan Al Haakim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan