Solat
Ramai yang mengambil
mudah dan ringan tentang ibadat solat.Apabila tidak solat maka timbullah beribu
alasan yang diberikan antaranya sibuk kerja,tak ada masa,tak semapt dan yang
jawapan yang paling mudah adalah lupa!Solat adalah amalan pertama Allah
Taala akan tanya di akhirat kelak.Solat yang diwajibkan ke atas umat Islam
hanyalah 5 waktu dan melakukannya hanya 5 minit pada setiap waktu.
Syaitan
Syaitan & Iblis
dilaknat bukan kerana tidak sujud kepada Allah Taala.Sebelum mereka dilaknat
mereka merupakan makhluk yang mulia dan sentiasa sujud dan bertasbih kepada
Allah s.w.t sehinggalah peristiwa Allah memerintahkan Iblis untuk sujud kepada
Nabi Adam a.s sebagai tanda kebesaran Allah s.w.t tetapi Iblis ingkar dengan
perintah Allah Taala.Bermula dari situlah Allah melaknat Iblis kerana tidak
sujud kepada Nabi Adam a.s.
Kenapa manusia tidak
solat dan sujud kepada Allah Taala sedangkan Iblis Laknatullah pun sujud kepada
Allah s.w.t .Ini membuktikan bahawa manusia yang tidak solat lebih
teruk daripada Iblis / Syaitan.Nauzubillah!
Sabda Nabi s.a.w .."Perjanjian di antara kita
(orang Islam) dan mereka (orang kafir) ialah solat, dan barang siapa
meninggalkan solat sesungguhnya dia telah menjadi seorang kafir"..(Hadis
riwayat Imam al-Tirmidzi)
Perintah
Allah memerintahkan
manusia untuk sujud kepadaNya dengan menunaikan solat 5 waktu sebagai tanda
syukur dengan nikmat Allah taala tetapi masih ramai lagi manusia yang berani
serta ego untuk tidak menunaikan solat.Sedangkan ramai yang tahu bahawa solat
adalah wajib dan sesiapa yang meninggalkannya dengan sengaja maka akan di azab
dan diseksa di kubur dan di akhirat kelak.
Firman Allah:
"Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar), taatlah dan kerjakanlah sembahyang, mereka engganmengerjakannya." (Al-Mursalat 48 )
Ketika menggambarkan keadaan mereka pada hari kiamat,
"Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar), taatlah dan kerjakanlah sembahyang, mereka engganmengerjakannya." (Al-Mursalat 48 )
Ketika menggambarkan keadaan mereka pada hari kiamat,
Allah berfirman:
"Pada hari betis disingkapkan dan mereka dipanggil untuk bersujud, mereka tidak dapat melakukannya (dalam keadaan) pandangan mereka tunduk, dan mereka diliputi kehinaan. Dan sesungguhnya mereka di dunia dahulu telah pun diseru supaya bersujud (tetapi mereka enggan), sedangkan mereka berada di dalam keadaan sihat." (Al-Qalam: 42-43)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan