counter

Translate

Ahad, 1 Jun 2014

Gambar: ^Amalan Puasa Di Bulan Sya'ban^

Usamah B. Zaid berkata:

Aku bertanya: “Wahai Rasulullah, aku tidak melihatmu (kerap) berpuasa di bulan lain sebagaimana engkau berpuasa di bulan Sya’ban.”

Beliau menjawab: “Bulan itu banyak manusia yang lalai, iaitu di antara Rejab dengan Ramadhan, bulan diangkatnya amal-amal kepada Tuhan semesta alam, dan aku mahu supaya amal-amalku diangkat di dalam keadaan sedang berpuasa.”

(Hadis Riwayat an-Nasa’i &  Ahmad)

-Pesanan Untuk DiriKu-

Kongsikan Semoga Bermanfaat. :)
https://www.facebook.com/pendakwahremaja.133
^Amalan Puasa Di Bulan Sya'ban^

Usamah B. Zaid berkata:

Aku bertanya: “Wahai Rasulullah, aku tidak melihatmu (kerap) berpuasa di bulan lain sebagaimana engkau berpuasa di bulan Sya’ban.”

Beliau menjawab: “Bulan itu banyak manusia yang lalai, iaitu di antara Rejab dengan Ramadhan, bulan diangkatnya amal-amal kepada Tuhan semesta alam, dan aku mahu supaya amal-amalku diangkat di dalam keadaan sedang berpuasa.”
 
(Hadis Riwayat an-Nasa’i & Ahmad)

-Pesanan Untuk DiriKu-

Kongsikan Semoga Bermanfaat.

Ahad, 5 Januari 2014

Tazkirah Hari Ini:
Kehidupan Di Dunia.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Firman Allah S.W.T:

“Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas.”
(Al-Baqarah:212)

- :)  -

Hakikatnya dunia adalah jambatan menuju kehidupan yang abadi di akhirat. Amatlah rugi mereka yang mengejar habuan dunia, asyik dengan permainan hiburan dan maksiat sehingga lupa antara halal atau haram, yang disuruh dan yang dilarang.

Justeru jangan sekali-kali kita leka dengan kehidupan dunia sehingga sanggup mengabaikan perintah Allah dan melakukan perbuatan yang dilarang.

-Pesanan Untuk DiriKu-

Kongsikan Semoga Bermanfaat.:)

Sabtu, 4 Januari 2014

Gambar: Tazkirah Hari Ini:
Jom Amalkan Sunnah. :)

Sahabat yang dirahmati Allah,

Sabda Nabi SAW:
“Siapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerosakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid”. (Riwayat Baihaqi).

- :) -

Mari Kita Amalkan Sunnah Ikhlas Kerana Allah.

-Pesanan Untuk DiriKu-

Kongsikan Semoga Bermanfaat :)

:) Salam Zuhur.. Jom Berjemaah Di Masjid. :)
Tazkirah Hari Ini:
Jom Amalkan Sunnah.