counter

Translate

Khamis, 15 Jun 2017

Ramadan 2017M/1437H




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

 Ramadan adalah bulan yang paling mulia kerana membawa banyak kebaikan kepada kehidupan umat islam yang bergelar muslim,muslimat/mukmin,mukmin at. 

 Antara kebaikan di dalam bulan Ramadhan berdasarkan hadis rasul kita yang mulia saiyidina 
Muhammad ialah sepuluh hari yang pertama di dalam bulan Ramadhan ialah Rahmat dan sepuluh hari yang kedua ialah Keampunan dan sepuluh hari yang ketiga ialah Pelepasan diri daripada azab api neraka. 

 Maka beruntunglah bagi mereka yang benar-benar menghargai kehadiran bulan Ramadhan yang mulia ini. Kedatangan bulan Ramadhan sepatutnya disambut dengan penuh rasa syukur dan gembira, manakala pemergian bulan Ramadhan seharusnya dirindui dan dapat menginsafkan diri kita. 

 Bahkan kedatangan bulan Ramadhan bukan sekadar membawa keuntungan dan manfaat 
untuk diri kita di akhirat, malah ia juga membawa rahmat dan kebaaikan untuk kehidupan kita dunia lagi. Sebagai contohnya, umat islam kebanyakan mampu menunaikan solat lima waktu dan solat sunat terawih secara berjemaah apabila tibanya bulan Ramadhan. Hal ini secara tidak langsung akan menghubungkan dan mengukuhkan hubungan silaturahim di kalangan umat islam itu sendiri. 

 Oleh yang demikian, sebagai muslim sejati yang benar beriman dengan ALLAH maka menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa menghargai kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini agar kita dapat memperoleh manfaat di dunia 
dan juga memperoleh keuntungan di akhirat.    Konklusinya, hanya manusia yang menghargai kedatangan bulan Ramadhan sahaja yang akan memperoleh kebaikan dan manfaat dari-NYA. Semoga kita tergolong dalam kalangan manusia yang mendapat manfaat dalam bulan Ramadhan di dunia dan memperoleh balasan yang baik di akhirat. 

Sekian. Wassalmualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 

Daripada;  
Saudara Muhammad Abdullah Bin Abu Bakar 

Jumaat, 11 September 2015

Kucing Kesayangan Nabi Muhammad SAW






Ramai yang suka memelihara dan menyayangi kucing. Tahukah antum bahawa Nabi Muhammad ﷺ memiliki seekor kucing kesayangan yang Baginda namakan ‘Mueeza’.

Muezza Kesayangan Rasulullah
Setiap kali Rasulullah ﷺ menerima tetamu di rumah, Baginda selalu mengendong Mueeza dan diletakkan di atas paha Baginda. Salah satu sifat Mueeza yang paling Rasulullah ﷺ suka ialah Mueeza selalu mengiaw sewaktu mendengar azan, seolah-olah bunyi suaranya seperti mengikuti alunan suara azan tersebut.

Pernah berlaku suatu kejadian ketika Rasulullah ﷺ hendak mengambil jubahnya, ternyata Muezza sedang tidur dengan santai di atas jubah Baginda. Oleh kerana tidak ingin mengganggu kucing kesayangannya itu, Rasulullah ﷺ pun memotong bahagian lengan jubah Baginda yang dibaringi oleh Mueeza dari supaya tidak membangunkan Muezza.
Ketika Baginda pulang ke rumah, Muezza terbangun dan menundukkan kepala kepada tuannya. Rasulullah ﷺ menunjukkan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing itu.


Kucing Tidak Najis

Nabi menekankan bahawa kucing itu tidak najis. Bahkan dibenarkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.

Abu Qatadah Radliyallaahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah ﷺ pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia adalah termasuk haiwan yang suka berkeliaran di rumah (haiwan pemeliharaan).” [HR At-Tirmidzi, An-Nasa’I, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah].

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Rasulullah ﷺ pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, Baginda berkata, “Ya Anas! Tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Rasulullah ﷺ menuju ke arah bekas tersebut.

Namun, seekor kucing datang dan menjilat bekas tersebut. Melihat itu, Rasulullah ﷺ berhenti sehingga kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhuk.

Rasulullah ﷺ ditanya mengenai kejadian tersebut, Baginda menjawab, “Ya Anas! Kucing termasuk perhiasan rumah rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budak suruhannya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang mendirikan solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk meletakkannya.

Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan melakukan solat, ia terlupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, ‘Aisyah ra. Lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya.

Rasulullah ﷺ bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliaran di rumah.” Aisyah juga pernah melihat Rasulullah ﷺ berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat alBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].

Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad dan imam hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang yang badan, peluh, bekas makanannya adalah suci.

Demikianlah kisah tentang kucing Nabi Muhammad ﷺ Mueeza. Semoga dengan menghayati kisah di atas, kita akan ketahui betapa kasih dan sayangnya Rasulullah ﷺ terhadap haiwan.

Rasulullah ﷺ ada berpesan supaya menyayangi kucing kesayangan sebagaimana kita menyayangi keluarga sendiri. Aisyah binti Abu Bakar As-Shiddiq, isteri Rasulullah ﷺ juga amat menyayangi kucing dan berasa amat kehilangan jika ditinggal pergi oleh kucingnya. Beberapa orang terdekat Nabi turut memelihara kucing. Abdul Rahman bin Sakhr Al Azdi. diberi gelaran Abu Hurairah (bapa para kucing jantan), kerana kegemarannya menjaga dan memelihara berbagai jenis kucing jantan dirumahnya.

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan lucu ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al-Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah seksa neraka.

Abdullah bin Umar ra. juga meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ. bersabda: “Seorang wanita diseksa kerana mengurung seekor kucing sampai mati. Kemudian wanita itu masuk neraka kerananya, iaitu kerana ketika mengurungnya dia tidak memberinya makan dan tidak pula memberinya minum sebagaimana dia tidak juga melepasnya mencari makan dari serangga-serangga tanah.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)

Ahad, 1 Jun 2014

Gambar: ^Amalan Puasa Di Bulan Sya'ban^

Usamah B. Zaid berkata:

Aku bertanya: “Wahai Rasulullah, aku tidak melihatmu (kerap) berpuasa di bulan lain sebagaimana engkau berpuasa di bulan Sya’ban.”

Beliau menjawab: “Bulan itu banyak manusia yang lalai, iaitu di antara Rejab dengan Ramadhan, bulan diangkatnya amal-amal kepada Tuhan semesta alam, dan aku mahu supaya amal-amalku diangkat di dalam keadaan sedang berpuasa.”

(Hadis Riwayat an-Nasa’i &  Ahmad)

-Pesanan Untuk DiriKu-

Kongsikan Semoga Bermanfaat. :)
https://www.facebook.com/pendakwahremaja.133
^Amalan Puasa Di Bulan Sya'ban^

Usamah B. Zaid berkata:

Aku bertanya: “Wahai Rasulullah, aku tidak melihatmu (kerap) berpuasa di bulan lain sebagaimana engkau berpuasa di bulan Sya’ban.”

Beliau menjawab: “Bulan itu banyak manusia yang lalai, iaitu di antara Rejab dengan Ramadhan, bulan diangkatnya amal-amal kepada Tuhan semesta alam, dan aku mahu supaya amal-amalku diangkat di dalam keadaan sedang berpuasa.”
 

(Hadis Riwayat an-Nasa’i & Ahmad)

 

-Pesanan Untuk DiriKu-

Kongsikan Semoga Bermanfaat.

Ahad, 5 Januari 2014

Tazkirah Hari Ini:
Kehidupan Di Dunia.


Sahabat yang dirahmati Allah,


Firman Allah S.W.T:

“Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas.”
(Al-Baqarah:212)


- :)  -


Hakikatnya dunia adalah jambatan menuju kehidupan yang abadi di akhirat. Amatlah rugi mereka yang mengejar habuan dunia, asyik dengan permainan hiburan dan maksiat sehingga lupa antara halal atau haram, yang disuruh dan yang dilarang.

Justeru jangan sekali-kali kita leka dengan kehidupan dunia sehingga sanggup mengabaikan perintah Allah dan melakukan perbuatan yang dilarang.


-Pesanan Untuk DiriKu-



Kongsikan Semoga Bermanfaat.:)

Sabtu, 4 Januari 2014

Gambar: Tazkirah Hari Ini:
Jom Amalkan Sunnah. :)


Sahabat yang dirahmati Allah,


Sabda Nabi SAW:
“Siapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerosakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid”. (Riwayat Baihaqi).


- :) -


Mari Kita Amalkan Sunnah Ikhlas Kerana Allah.


-Pesanan Untuk DiriKu-


Kongsikan Semoga Bermanfaat :)


:) Salam Zuhur.. Jom Berjemaah Di Masjid. :)
Tazkirah Hari Ini:
Jom Amalkan Sunnah.


Sahabat yang dirahmati Allah,


Sabda Nabi SAW:
“Siapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerosakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid”. (Riwayat Baihaqi).


- :)  -


Mari Kita Amalkan Sunnah Ikhlas Kerana Allah.


-Pesanan Untuk DiriKu-


Kongsikan Semoga Bermanfaat :)

Rabu, 18 Disember 2013

Suatu ketika dahulu. Ada seorang syiah berjumpa Habib Umar.


Dia bertanya kepada Habib Umar " mengapakah
kamu membenarkan anak muridmu menundukkan bdn mencium tanganmu. Kamu telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Sepatutnya kita kena sembah Allah bukan mahkluk. Ini kamu mengajar anak muridmu perkara syirik."

Habib Umar mendengar dan membalas dengan senyuman kepada lelaki itu. Selepas itu habib Umar mengambil pen yang berada di poket lelaki tersebut dan jatuhkan ke lantai.
Lelaki itu pun terus mahu tunduk mengambil pen trsebut. Tetapi Habib Umar menahan.

Habib Umar berkata "kamu mahu buat apa ,jangan2 tunduk2 kebawah"

Kata lelaki itu " tidak aku mahu mengambil pen aku".

Kata habib Umar " tidak boleh tunduk kebawah menyembah pen kita kena sembah Allah"

Kata lelaki itu " tidak , aku bukan sembah pen .aku qosod (niat) nak ambil pen bukan menyembah".

Habib Umar tersenyum. Dan lantas berkta " begitu jugalah pelajar2 aku. Mereka salam menundukkan bdan bukan kerana menyembah aku tetapi mereka mahu menghormati aku sebagai guru mereka meskipun aku tidak meminta begitu"