counter

Translate

Khamis, 28 Februari 2013

AMALAN HARI JUMAAT:

1. Bangun awal-awal di pagi Jumaat.

2. Mandi sunat Jumaat.

3. Pakai pakaian yang bersih dan elok.

4. Pergi masjid sebelum azan.

5. Terlebih utama dengan berjalan kaki ke masjid.

6. Duduk disaf yang berhampiran dengan imam.

7. Jangan melangkah bahu makmum untuk mendapatkan saf.

8. Jangan membuat perkara yang sia-sia di dalam masjid.

9. Mendengar khutbah dengan teliti.

~ Barangsiapa membuat 9 amalan ini, maka setiap langkahnya ke masjid akan diberi ganjaran setahun pahala sembahyang sunat dan setahun pahala puasa sunat.   
HADIS RIWAYATABU DAUD, TERMIZI , NASAAI' & IBNU MAJAH. {MISKAT} 

LAIN-LAIN AMALAN HARI JUMAAT:

1. Membaca surah kahfi.

2. Membanyakkan selawat.

3. Mengerat kuku. 

PETUA RASULULLAH S.A.W UNTUK MENCAPAI DOA MUSTAJAB.

1..Abu Hurairah meriwatkan bahawa Rasulullah bersabda,: 
 "Tiga orang yang tidak ditolak doanya, iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. ALLAH mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka." 

2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda,:
 "ALLAH akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa sesiapa yang meminta keampunan dariKu maka Aku akan mengampuninya."

3. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda,:
 "Doa di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak."

4. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda,: 
 "Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan, atau berdoa, doanya akan dimakmulkan. Apabila beliau berwudhu {dan mengerjakan solat malam}, solatnya akan diterima ALLAH."

5. Hadith dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda,: 
"Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan."           

Rabu, 27 Februari 2013

MALAIKAT-MALAIKAT YANG WAJIB DIKETAHUI.

{1} Jibrail alaihissalam      - Bertugas menyampaikan wahyu.
   
{2} Izrail alaihiissalam       - Bertugas mencabut nyawa.

{3} Mikail alaihissalam     - Bertugas memberi rezeki.

{4} Israfil alaihissalam      - Bertugas meniup sangkakala.
 
{5} Munkar alaihissalam   - Bertugas menyoal di dalam kubur.

{6} Nakir alaihissalam      - Bertugas menyoal di dalam kubur.

{7} Raqib alaihissalam      - Bertugas menulis kebajikan.

{8}'Atid alaihissalam         - Bertugas menulis kejahatan.

{9} Malik alaihissalam      - Bertugas menjaga neraka.

{10}Ridhwan alaihissalam - Bertugas menjaga syurga.

10 malaikat dan tugasnya ini wajib diketahui bagi setiap mukmin.

TAMBAHAN.

MALAIKAT JIBRAIL a.s.

Malaikat Jibrail a.s. telah ditugaskan menyampaikan wahyu hanya kepada Nabi dan Rasul.

MALAIKAT IZRAIL a.s.

Malaikat Izrail akan melawat manusia sebanyak {70 kali sehari}.

MALAIKAT ISRAFIL a.s.

Malaikat Izrafil akan meniup sangkakala apabila tibanya hari kiamat. Mulut Malaikat Izrafil adalah lebih besar daripada seluruh alam dan seluruh cangkerawala yang berada di angkasa. Dan angin-angin yang berada di bumi ini seperti angin ribut, angin taufan dan angin bayu adalah nafas Malaikat Izrafil.     


Ahad, 24 Februari 2013

APA DIA AGAMA ISLAM.

 Islam merupakan suatu agama yang dibawa oleh para Rasul a.s.
dan Nabi Muhammad SAW pembawa agama yang terakhir bersumber dari ALLAH SWT. Nabi Muhammad SAW adalah penyudah segala Rasul dan tiada lagi nabi sesudahnya.

Maka AGAMA ISLAM dapatlah diertikan sebagai: 
Petunjuk ALLAH SWT yang terakhir yang disampaikan oleh Rasul yang bernama Muhammad SAW untuk menggantikan semua peraturan serta petunjuk yang disampaikan sebelumnya. Islam adalah Petunjuk bagi seluruh umat abadi buat selama-lamanya.

Sabtu, 23 Februari 2013

MENGAPA AGAMA ITU PERLU?

ALLAH SWT  menciptakan manusia dengan serba lengkap agar mereka dapat menjalani hidup di dunia ini dengan cara yang betul dan sesuai dengan tabiat manusia itu sendiri.
 Manusia atau insan dilengkapkan dengan hawa nafsu untuk menjadikan mereka sebagai golongan yang sederhana, tidak meningkat ke taraf malaikat dan tidak turun darjatnya sehigga menjadi haiwan. Dan manusia itu pula dibekalkan dengan akal fikiran.
 Hawa nafsu sentiasa memujuk dan mengajak manusia melakukan sesuatu tanpa memikirkan apakah akibat yang akan menimpanya. Nafsu tidak mengenal batas, umpamanya, akan memakan sesuatu itu tanpa memikirkan apakah benda itu halal dimakan atau sebaliknya. Dengan itu ALLAH memberi mereka akal untuk memikirkan apakah benda itu selayaknya dimakan atau tidak. Begitu juga, banyak perkara yang tidak sampai terfikir oleh akal sehingga ia perlu kepada petunjuk ALLAH yang memberi petunjuk ke arah jalan yang sebenarnya. Bukan semua perkara dapat difikirkan oleh akal yang cetek dan terbatas keupayaanya itu.
 Dengan itu, akal ini perlu kepada agama sebagai suatu jalan ke arah kejayaan dunia sehingga akhirat.   

PENGERTIAN AGAMA.

Agama ialah PETUNJUK ALLAH untuk menghayati kehidupan dan penghidupan bagi keperluan manusia seluruhnya dipermukaan bumi yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul yang didasarkan atas konsep IMAN dan TAQWA.