counter

Translate

Jumaat, 29 Mac 2013


SENARAI SEMAK AMALAN DI HARI JUMA'AT:


✔ Memperbanyakkan selawat ke atas Junjungan Mulia Rasulullah S.A.W.

Sabda Rasulullah S.A.W: “Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat ke atas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” - Hadith Riwayat Abu Daud.

✔ Membaca Surah Al-Kahfi.

Sabda Rasulullah S.A.W: “Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Juma'at akan diberikan cahaya baginya di antara dua Juma'at.” - Hadith Riwayat An-Nasa’ie, Al-Baihaqi dan Al-Hakim.

✔ Mandi sunat hari juma'at bagi mereka yang akan menunaikan solat juma'at.

Sabda Rasulullah S.A.W: “Disunnahkan mandi pada hari Juma'at.” - Hadith Riwayat Bukhari.

✔ Memperbanyakkan berdo'a sepanjang hari juma'at.

Sabda Rasulullah S.A.W: “Pada hari (Juma'at) itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba (mu'min) apabila meminta (berdo'a) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan do'anya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” - Hadith Riwayat At-Tirmizi.

✔ Memperbanyakkan membaca Al-Quran.

✔ Memperbanyakkan sedekah.

Sabda Rasulullah S.A.W: “Sedekah pada hari Juma'at dibandingkan dengan sedekah pada enam hari lainnya laksana sedekah pada bulan Ramadhan dibanding bulan-bulan lainnya.” Hadith daripada Ka'ab R.A menjelaskan: “Dan sedekah pada hari itu lebih mulia dibandingkan dengan hari-hari selainnya.” - Mauquf Sahih.

✔ Memperbanyakkan 'amalan sunat.

✔ Memotong kuku kaki dan tangan.

✔ Memperbanyakkan zikrullah.

سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا لله والله أكبر..

✔ Memakai pakaian sunnah.

✔ Memakai wangi-wangian.

Sabda Rasulullah S.A.W: “Sesiapapun yang mandi pada hari Juma'at membersihkan diri semampunya, memakai minyak rambut & memakai wangi-wangian yang ia dapati dari rumahnya, kemudian dia pergi ketempat solat Juma'at tanpa melangkah antara dua orang yang duduk di masjid, lalu dia melaksanakan solat seperti yang diwajibkan kepadanya dan dia diam ketika khatib berkhutbah, nescaya diampuni dosanya antara Juma'at itu dengan Juma'at sebelumnya.” - Hadith Riwayat Bukhari~

✔ Hadir awal ke masjid.

Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Barangsiapa yang mandi pada hari Juma'at serupa mandi junub, kemudian berpagi-pagi ia pergi ke tempat Juma'at, pahalanya sama seperti berkorban seekor unta gemuk dan yang pergi pada jam kedua, pahalanya sama seperti berkorban seekor sapi, dan yang pergi jam ketiga, pahalanya sama seperti berkorban seekor domba dan yang pergi jam keempat, pahalanya sama seperti berkorban seekor ayam dan yang pergi pada jam kelima, pahalanya sama seperti berkorban sebiji telur, maka apabila datang imam, datanglah pula Malaikat-malaikat untuk mendengarkan khutbah.” - Hadith Riwayat Muslim~

Jumaat, 15 Mac 2013

KELEBIHAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH.


1. Untuk menjaga keselamatan diri.

 Jika surah AL-Fatihah dan surah Ikhlas itu dibaca satu kali beserta surah Mu'awwizatain {AL-Falaq dan AN-Naas} sewaktu hendak tidur. Maka akan terjaga dari segala yang dibenci melainkan mati.


2. Supaya bahagia dan selamat.
 

Jika anda membaca surah AL-Fatihah sebanyak 41 kali selepas solat sunat qabliyah subuh {sebelum mengerjakan solat fardhu subuh} secara terus menerus, maka jika anda ingin pangkat keduniaan, IN SHAA ALLLAH dapat berhasil, jika miskin dapat menjadi kaya, jika sakit dapat sembuh, jika lemah dapat menjadi kuat, jika berhutang dapat membayar, jika merantau mendapat kemulian dan ditakuti musuh, disukai semua orang baik lelaki ataupun wanita, semua ucapannya dipercayai masyarakat dan diselamatkan dari segala bencana.


3. Supaya diberi kebaikan dan hilang kesusahannya.


 Jika surah AL-Fatihah itu dibaca 7 kali setiap selesai solat fardhu, maka diberi banyak kebaikan dan dihilangkan kesusahannya sama ada urusan dunia ataupun akhirat.          

 

Rabu, 13 Mac 2013


Kita tahu bahwa Rasulullah melarang ummatnya untuk minum sambil berdiri. Hal ini tertera dalam beberapa hadits seperti: 


"Sungguh janganlah salah seorang dari kamu minum sambil berdiri." (HR. Imam Muslim (6/110-111)

"Dari Abu Hurairah, Nabi SAW bahwa sesungguhnya beliau melihat seorang lelaki minum dengan berdiri. Kemudian beliau bersabda kepadanya, ?Muntahkanlah!? Orang itu bertanya, ?Mengapa?? Beliau bersabda ?Apakah kamu suka jika minum bersama dengan kucing?? Orang lelaki itu menjawab ?Tidak? Beliau bersabda lagi ?Sesungguhnya telah minum bersamamu sesuatu yang lebih buruk dari itu, yaitu syaitan!"

(HR. Imam Ahmad (7990), hadits ini ini sahih sanadnya dan hadith ini muncul juga dengan lafadz yang lain oleh Imam Ahmad (7790 dan 7796)

Lalu mengapa Rasulullah melarang ummatnya minum berdiri seperti yang disebutkan dalam hadis? Ini dibuktikan dari segi kesihatan. Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfringer. Sfringer adalah suatu struktur maskuler (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kemih bisa lewat) dan menutup.

Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada pos-pos penyaringan yang berada di ginjal. Nah, jika kita minum berdiri, air yang kita minum tanpa disaring lagi langsung terus menuju kandung kemih. Ketika langsung menuju kandung kemih, maka terjadi pengendapan di saluran ureter. Kerana banyak limbah-limbah yang menyisa di ureter. Inilah yang boleh menyebabkan penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang berbahaya. Susah kencing itu salah satu penyebabnya.

Cara mengatasinya :

1. Biasakan minum sambil duduk.
2. Banyak minum air putih.

Sekarang, apakah kita masih mahu minum berdiri?

KELEBIHAN MEMBACA: 






Bismillah yang tersebut diatas mempunyai kelebihan yang banyak antaranya ialah:

1.Terlindung dari syaitan, pencuri dan mati mendadak.

 Jika dibaca 21 kali sewaktu hendak tidur, maka Insha-ALLAH dalam waktu semalam itu dijaga oleh ALLAH dari syaitan, pencuri dan mati mendadak.

2.Untuk menghilangkan kebebalan {kebodohan}.

 Jika dibaca pada satu gelas air sebanyak 786 kali pada waktu malam hari, lalu paginya sewaktu matahari terbit diberi minum kepada orang yang bebal hatinya, maka Insha-ALLAH akan hilang kebebalannya. Tetapi harus sampai 7 hari lamanya.

3.Untuk meremehkan orang yang zalim.

 Jika anda membaca 50 kali dihadapkan pada orang yang zalim, maka orang yang zalim itu diremehkan {dihinakan} oleh ALLAH. 

4.Supaya tidak dirasuk jin dan syaitan.

 Jika anda menulis sebanyak 50 kali, lalu dipasang pada pintu, maka Insha-ALLAH jin dan syaitan tidak akan berani masuk kedalam rumah anda.

5.Untuk keselamatan sawah.

 Jika Bismillah itu anda tulis sebanyak 101 kali, lalu dimasukkan dalam botol dan disumbat, kemudian dipendamkan di dalam {di tengah sawah. Insha-ALLAH sawah itu diselamatkan dari bahaya.         






Apabila seorang hamba ALLAH jatuh sakit, ALLAH akan utuskan 4 orang maLaikat :


✦ MaLaikat pertama akan mengambiL seLera makanan..

✦ MaLaikat kedua akan mengambiL rezeki..

✦ MaLaikat ketiga akan mengambiL kecantikan wajah (muka pucat)..

✦ MaLaikat ke-empat akan mengambiL dosanya..

ApabiLa sampai waktu yang ALLAH tetapkan untuk hamba-Nya supaya kembali sihat, ALLAH akan menyuruh maLaikat pertama, kedua dan ketiga supaya memberi baLik apa yang diambiL oLeh mereka.. Tetapi ALLAH tidak menyuruh maLaikat keempat supaya memberi baLik.dosa hamba- Nya tersebut. .

=> Lihatlah bertapa sayangnya ALLAH terhadap kita..

orang yang pertama.

1. Orang yang pertama menulis Bismillah :
Nabi Sulaiman AS.

2..Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS.

3..Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS.

4.Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :
Nabi Ibrahim AS.
.
5…Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat :
Nabi Adam AS.

6….Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah :
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat :
Nabi Muhammad SAW

8. ..Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:
Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam:
Al-Hasan bin Ali RA

11. ..Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW:
Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah RA

13. ..Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita:
Sumayyah binti Khabbat RA

14… Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas RA

16. …Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan:
Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib RA

18…. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW:
Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA

20…. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW:
Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW :
Khadijah binti Khuwailid RA

22… Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
Imam Syafei RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
Ali bin Abi Tholib RA

24. ….Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
Muawayah bin Abi Sufyan RA
25… Orang yang pertama membuat perpustakaan awam :
Harun Ar-Rasyid RH

26.Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA

27… Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW:
Ali bn Abi Tholib RA

28.Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah :
Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH

29…Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus’ab bin Umair RA

30. … Orang yang pertama masuk Syurga :
Nabi Muhamamad SAW

Wahai, sahabat-sahabatku & saudara-saudaraku… baca dan hayatilah.. sebarkanlah… semoga kita mendapat keberkatan dariNYA bersama2.. insyallah..


[TOLONG SEBARKAN]Gambar: [TOLONG SEBARKAN]
“Syeikh, apa hukum kalau kita buat begini? (sambil membuat lambang A)”

Syeikh menepis tangan ustaz saya. Syeikh Yusuf Al-Qaradawi terkejut.

“Biadap kamu.” kata syeikh itu sambil menuding tangan kepada ustaz saya.

“Kenapa syeikh? Kalau diikutkan kebiasaan orang Malaysia, kalau kami nak menunjukkan sesuatu, macam itulah yang kami guna.”

Syeikh menggeleng kepala. “Kalau kamu nak tau, itulah amalan Yahudi yang telah di ajarkan kepada kamu, warga Malaysia. Yahudi tidak akan boleh duduk senang selagi mana kamu tidak mengikut mereka. Jadi ini adalah tugas kamu untuk beritahukan hal ini kepada penduduk Malaysia.” ujar syeikh.

“Jadi, macam mana kami nak tukar daripada menggunakan lambang A itu?”

“Kamu gunakanlah begini, (sambil menunjukkan seperti lambang B). Itulah sunnah Rasulullah s.a.w.”

Ustaz mengangguk dan beredar.
 Pada suatu hari ada seorang pemuda bertanya kepada Sheikh Yusuf Al-Qaradawi.

“Syeikh, apa hukum kalau kita buat begini? (sambil membuat lambang A)”

Syeikh menepis tangan pemuda itu. Syeikh Yusuf Al-Qaradawi terkejut.

“Biadap kamu.” kata syeikh itu sambil menuding tangan kepada pemuda itu.

Lalu pemuda itu pun berkata “Kenapa syeikh? Kalau diikutkan kebiasaan orang Malaysia, kalau kami nak menunjukkan sesuatu, macam itulah yang kami guna.”

Syeikh menggeleng kepala. “Kalau kamu nak tau, itulah amalan Yahudi yang telah di ajarkan kepada kamu, warga Malaysia. Yahudi tidak akan boleh duduk senang selagi mana kamu tidak mengikut mereka. Jadi ini adalah tugas kamu untuk beritahukan hal ini kepada penduduk Malaysia.” ujar syeikh.

“Jadi, macam mana kami nak tukar daripada menggunakan lambang A itu?”

“Kamu gunakanlah begini, (sambil menunjukkan seperti lambang B). Itulah sunnah Rasulullah s.a.w.”

pemuda itu pun mengangguk dan beredar.
Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk.

Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.

“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.

Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.

“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut.

“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan.

“Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.

“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.

Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.

“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.

“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.

“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan.

“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.

“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.

“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.

“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.

“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut.

“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu.

Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.

“Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…”

“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.

“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.

Antara pengajaran penting:

Tuhan itu ada. DIA, yakni ALLAH adalah Tuhan Maha Esa. DIA lah tempat semua memohon pertolongan dan bergantung harap. ALLAH tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dan DIA tidak sama dengan mana-mana satu pun. Patuhlah kepada perintah ALLAH dan jauhilah larangan ALLAH. Kerana padanya terdapat kesejahteraan dan kebaikan yang menyeluruh. “Aslim, taslam”. Ambillah ISLAM secara keseluruhannya, nescaya semua manusia dan makhluq yang menghuni bersama manusia akan selamat. 


Peringatan:

Ini hanyalah perumpamaan untuk dibuka fikiran sahaja. Kisah sebegini baik untuk disampaikan untuk mengajak manusia berfikir dan merenung. 

Ahad, 3 Mac 2013

KELEBIHAN SOLAT SUNAT TAHAJUD.


1. Dari SAIDINA UMAR: ALLAH mengurniakan 9 kebaikan kepada orang yang mendirikan solat sunat tahajud, 5 di dunia dan 4 di akhirat:

5 di dunia ialah: 

-1.Dijauhkan dari segala penyakit.

-2.Lahir kesan taqwa pada wajahnya.

-3.Dikasihi oleh sekalian mukmin dan manusia.

-4.Percakapannya mengandungi hikmah.

-5.Dikurniakan kekuatan dan rezeki dalam agama.


4 di akhirat ialah:

-1.Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri.

-2.Dipermudahkan hisab.

-3.Cepat melalui titian sirat.

-4.Diserah suratan amal dengan tangan kanan.