counter

Translate

Jumaat, 15 Mac 2013

KELEBIHAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH.


1. Untuk menjaga keselamatan diri.

 Jika surah AL-Fatihah dan surah Ikhlas itu dibaca satu kali beserta surah Mu'awwizatain {AL-Falaq dan AN-Naas} sewaktu hendak tidur. Maka akan terjaga dari segala yang dibenci melainkan mati.


2. Supaya bahagia dan selamat.
 

Jika anda membaca surah AL-Fatihah sebanyak 41 kali selepas solat sunat qabliyah subuh {sebelum mengerjakan solat fardhu subuh} secara terus menerus, maka jika anda ingin pangkat keduniaan, IN SHAA ALLLAH dapat berhasil, jika miskin dapat menjadi kaya, jika sakit dapat sembuh, jika lemah dapat menjadi kuat, jika berhutang dapat membayar, jika merantau mendapat kemulian dan ditakuti musuh, disukai semua orang baik lelaki ataupun wanita, semua ucapannya dipercayai masyarakat dan diselamatkan dari segala bencana.


3. Supaya diberi kebaikan dan hilang kesusahannya.


 Jika surah AL-Fatihah itu dibaca 7 kali setiap selesai solat fardhu, maka diberi banyak kebaikan dan dihilangkan kesusahannya sama ada urusan dunia ataupun akhirat.          

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan