counter

Translate

Ahad, 28 April 2013



Berdoalah,nescaya ALlah makbulkan.


Semua manusia yang mengaku dirinya seorang muslim sedar,tahu dan yakin bahawa Tuhan [ALLAH] itu Maha Kuasa.Kerana Dia lah yang menciptakan langit dan bumidengan segala isinya.Tuhan Yang Maha Kuasa dan Maha Kaya juga bersifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

ALLAH kasih dan sayang terhadap manusia yang sentiasa ingat,taat,patuh dan selalu mengingatiNya pada setiap waktu.Oleh itu Allah amat senang apabila hambaNya sentiasa menadah tangan memohon atau selalu berdoa kepadaNya.Sebaliknya ALLAH amat marah terhadap manusia yang tidak pernah meminta [berdoa] kepadaNya.

Berdoa sangat mahal nilainya sebagaimana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud “Doa itu adalah otak ibadah”.
[Hadis Riwayat Imam Bukhari]

Dengan berdoa kepada ALLAH,maka terwujudlah bahawa ALLAHitu tempat memohon segalanya,dan manusia sebagai makhluq yang hina dan kerdil sentiasa berhajat kepadaNya.Pengabdian atau ibadah yang dikerjakan tanpa berdoa adalah tidak berjiwa,tidak hidup seperti tubuh yang tidak bernyawa.

ALLAH sentiasa membuka pintuNya untuk hamba-hambanya meminta,mengadu kepadaNya.Firman ALLAH yang bermaksud “Bila hamba Ku bertanya kepada mu mengenai Daku,katakanlah bahawa Aku sangat dekat kepadanya.Aku kabulkan doa orang-orang yang berdoa kepada Ku.Maka hendaklah mereka memperkenankan seruan Ku”.
[Al-Baqarah:186]
Firman ALLAH lagi yang bermaksud “Berdoalah kepada Ku,nescaya Aku perkenankan permohonanmu.Sesungguhnya orang-orang yang angkuh dari menyembah Ku,mereka bakal memasuki neraka jahanam dengan hina dina”.
[al-Mukmin:60]
Nabi s.a.w walaupun telah dijamin oleh ALlah s.w.t sebagai manusia agong dan terpuji,baginda tidak berhenti-henti berdoa dan mengharapkan pertolongan ALlah.Tambahlah kita yang sangat kerdil berbanding dengan Nabi s.a.w.

Sebagai umat Islam kita haruslah sentiasa berdoa pada setiap pekerjaan yang kita kerjakan dan pada setiap kesulitan yang kita alami.Hanya pada ALLAH sajalah yang kita harapkan dan memohon segalanya semoga kita sentiasa berada dikalangan orang-orang yang selalu dikasihi dan dirahmati oleh ALlah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan