counter

Translate

Rabu, 18 Disember 2013

Suatu ketika dahulu. Ada seorang syiah berjumpa Habib Umar.


Dia bertanya kepada Habib Umar " mengapakah
kamu membenarkan anak muridmu menundukkan bdn mencium tanganmu. Kamu telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Sepatutnya kita kena sembah Allah bukan mahkluk. Ini kamu mengajar anak muridmu perkara syirik."

Habib Umar mendengar dan membalas dengan senyuman kepada lelaki itu. Selepas itu habib Umar mengambil pen yang berada di poket lelaki tersebut dan jatuhkan ke lantai.
Lelaki itu pun terus mahu tunduk mengambil pen trsebut. Tetapi Habib Umar menahan.

Habib Umar berkata "kamu mahu buat apa ,jangan2 tunduk2 kebawah"

Kata lelaki itu " tidak aku mahu mengambil pen aku".

Kata habib Umar " tidak boleh tunduk kebawah menyembah pen kita kena sembah Allah"

Kata lelaki itu " tidak , aku bukan sembah pen .aku qosod (niat) nak ambil pen bukan menyembah".

Habib Umar tersenyum. Dan lantas berkta " begitu jugalah pelajar2 aku. Mereka salam menundukkan bdan bukan kerana menyembah aku tetapi mereka mahu menghormati aku sebagai guru mereka meskipun aku tidak meminta begitu"