counter

Translate

Jumaat, 27 September 2013

Subhanallah! Kebijaksanaan Allah dalam Rukun Islam



Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Kita mengaku Allah itu yang kita sembah dan Nabi Muhammad itu pesuruhNya. Sesaat pun kita tidak boleh menduakan Allah. Jika ia berlaku maka gugurlah akidah kita. SETIAP SAAT!

Solat 5 Waktu Sehari Semalam
Rukun Islam yang kedua adalah melaksanakan solat wajib lima hari sehari. Malam dan siang mengikut jadualnya. Melalui ibadah ini kita mengingati Allah, berdoa kepadanya dan memperbaharui akidah mengikut jadual. Lima kali sehari. SETIAP HARI!

Puasa di Bulan Ramadhan
Berpuasa di bulan Ramadhan adalah rukun Islam yang ketiga. Ini adalah penghulu segala bulan. Pada bulan inilah al-Quran diturunkan. Banyak peristiwa besar Islam berlaku dalam bulan Ramadhan. Persoalan besar yang tersemat di hati ialah puasa wajib ini perlu dilakukan hanya sebulan dalam setahun. Hanya SEBULAN dan setahun!

Mengeluarkan Zakat bagi yang Mampu
Jika cukup syarat-syaratnya seperti haul dan nisab, maka rukun Islam yang keempat ini wajib dilaksanakan. Meskipun banyak jenis zakat tetapi setiap satunya perlu dibayar hanya sekali dalam setahun. Hanya SEKALI SETAHUN!

Menunaikan Haji bagi yang Mampu
Akhir sekali, menunaikan ibadah haji bagi yang berkemampuan. Ia wajib dilaksanakan sekali seumur hidup. Di atas segalanya, ibadah haji seolah-olah kemuncak rukun Islam yang memberi aroma cukup luar biasa keapda setiap manusia yang mempercayai kewujudan Allah. SEKALI SEUMUR HIDUP!

Cantik turutannya. Dari setiap saat, setiap hari, sebulan dalam setahun, sekali setahun dan akhir sekali hanya sekali seumur hidup. Kalau difikirkan semula ianya menggambarkan turutan hidup kita sebagai seorang Islam yang bermula daripada mengucap dua kalimah syahadah dan kemuncaknya adalah menunaikan haji yang wajib dilakukan hanya sekali seumur hidup.

Secara jujurnya saya sendiri pun baru saja dapat mengesan kehebatan dan kebijaksanaan Allah s.w.t. dalam Rukun Islam. Selama ini cuma sekadar tahu saja tapi langsung tak pernah fikirkan sedalam-dalamnya Rukun Islam yang cuma dianggap sebagai syarat menjadi seorang Islam yang sejati.

*Semoga bermanfaat untuk dikongsikan.......

Isnin, 23 September 2013

Kalau Allah Itu Maha Baik Kenapa Buat Neraka?


Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga... Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah...mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam...

Ustaz mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. 

Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita juga

Sabtu, 14 September 2013

MENGENAL TIGA JENIS JODOH



1. Jodoh dari Syaitan :
Kamu berdua berkenalan, berpegangan tangan dan terus buat maksiat.. Akhirnya si wanita mengandung baru kamu menikah.

2. Jodoh dari Jin :
Kamu berdua berkenalan, kamu suka pada dia, tapi dia tidak suka padamu.. Akhirnya cinta ditolak dukun bertindak, dan juga akhirnya dia mau menikah denganmu.

3. Jodoh dari Allah S.W.T :
Kamu berdua berpandangan mata, yang akhirnya menusuk ke kalbu, Kamu meminang dia, dan dia menerima pinangan kamu, dan kamu berdua menikah... INSYA'ALLAH kekal hingga akhir hayat, dan itulah yang di katakan syurga cinta.
MENGENAL TIGA JENIS JODOH

1. Jodoh dari Syaitan :
Kamu berdua berkenalan, berpegangan tangan dan terus buat maksiat.. Akhirnya si wanita mengandung baru kamu menikah.

2. Jodoh dari Jin :
Kamu berdua berkenalan, kamu suka pada dia, tapi dia tidak suka padamu.. Akhirnya cinta ditolak dukun bertindak, dan juga akhirnya dia mau menikah denganmu.

3. Jodoh dari Allah S.W.T :
Kamu berdua berpandangan mata, yang akhirnya menusuk ke kalbu, Kamu meminang dia, dan dia menerima pinangan kamu, dan kamu berdua menikah... INSYA'ALLAH kekal hingga akhir hayat, dan itulah yang di katakan syurga cinta.
Renungan Bersama...

Solat Subuh = 2 rakaat : 5 minit
Solat Zohor = 4 rakaat : 10 minit
Solat Asar = 4 rakaat : 10 minit
Solat Maghrib = 3 rakaat : 7 minit
Solat Isyak = 4 rakaat : 10 minit

Total masa untuk Allah = 42 minit daripada 1440 Minit Sehari

Cukup ke masa untuk Allah 42 minit sahaja sedangkan kita sedut oksigenNya 1440 minit sehari???

Kemana kita bazirkan baki 1398 Minit lagi tu?

Usik2 hati untuk
meyentuh iman demi mengenali hakikat kehidupan.... ツ
Info semasa dunia : 

Terry Jones, seorang lelaki warganegara Amerika telah ditahan polis dalam cubaannya mencetus sentimen agama dengan membakar lebih kurang 2998 naskah al Quran sebagai simbolik kecaman terhadap kematian 2998 nyawa dalam serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia Amerika pada 11 September 2001 yang didakwa Amerika dalangnya adalah umat Islam meskipun dengan bukti yang diragui. Lihatlah, bagaimana yahudi berjaya menggunakan isu ini bagi menyerang Islam. Gerakkan dakwah dan tarbiyyah.