counter

Translate

Jumaat, 31 Mei 2013

RAHASIA HIDUP BERKAH DENGAN 7 PERKARA SUNAT NABI SAW.



Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat & yang sekejap untuk hidup yang panjang.

Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Karena, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah akhir cerita dalam hidup, tapi mati adalah awal
cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga perkara-perkara sunat pada setiap hari. Antara perkara yang disunatkan kepada kita itu ialah:

Pertama,
Solat sunat Tahajjud kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua,
membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga,
Jangan tinggalkan solat berjemaah, pergi masjid terutama di waktu shubuh.
Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, karena masjid merupakan pusat keberkahan, bukan karena panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat,
jaga shalat Dhuha karena kunci rezeki terletak pada shalat dhuha.

Kelima
jaga sedekah setiap hari.
Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam
jaga wudhu terus menerus karena Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu shalat walau ia sedang tidak shalat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya
Allah”.

Ketujuh, amalkan istighfar setiap saat.
Dengan istighfar masalah akan ALLAH selesaikan dan dosa kita akan diampunkan oleh Allah. InsyaALLAH

Khamis, 30 Mei 2013

7 KALIMAT YANG DI SUKAI OLEH ALLAH

1. kalimat “BISMILLAH”, yang haruslah kita ucapkan pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu..

2. kalimat “ALHAMDULILLAH” yang diucapkan pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu..

3. kalimat “ASTAGHFIRULLAH” yang diucapkan jika lidah terselip perkataan yang tidak patut atau ada
tindakan kita yang tidak betul..

4. kalimat “INSYA ALLAH”, yang kita ucapkan jika merencangkan untuk berbuat sesuatu..

5. kalimat ”LA HAULA WALA KUWWATA ILLA BILLAH”, yang diucapkan jika menghadapi sesutu yang tidak disukai maupun tidak diingini..

6. kalimat “INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJIUN”, yang diucapkan jika menghadapi dan menerima musibah..

7. kalimat “LA ILAHA ILLA ALLAH ” yang diucapkan sepanjang siang dan malam, hingga tak terpisahkan dari lidah kita..


Wahai Sahabat Semoga catatan kecil ini, dapat memberi pembelajaran kepada kita..IN SHAA ALLAH.
Aamiin Ya Robbal ' Alaamiin .

Jumaat, 17 Mei 2013


Kisah Si ayah dengan anaknya.


Anak: Ayah,boleh adik tanya satu soalan?
Ayah: boleh,apa dia?
Anak: Ayah,berapa gaji ayah sejam?
Ayah: Kenapa adik tanya?
Anak: Saja adik nk tahu.. Berapa ayah?
Ayah: Gaji ayah RM 100 sejam
Anak: ohh!(smbil menundukkan kepala)... Ayah,boleh adik pinjam RM 50?

Ayah pun berasa geram.
Ayah: kalau alasan adik bertanya gaji ayah tadi hanya untuk meminjam duit untuk membeli mainan,lupakan saja..kenapa ada mementingkan diri sangat? Ayah bekerja kuat untuk kita sekeluarga..

Adik pun masuk ke dalam bilik dgn perasaan sedih
Ayah berasa sangat marah dgn kelakuan adik..berani adik bertanya begitu. Selang sejam kemudian,ayah pun kembali tenang dan berfikir secara rasionalnya: ' MUNGKIN ADIK BETUL2 MEMERLUKAN DUIT RM 50 DAN LAGI PUN BUKAN SELALU ADIK MEMINTA DUIT' ayah pun pergi ke bilik anaknya itu

Ayah: Adik,adik dah tidur?
Anak: Belum ayah..
Ayah: ayah telah berfikir,mungkin ayah terlalu tegas dgn adik tadi. Ayah sungguh penat di tempat kerja tadi sbb itu mo0d ayah tidak baik,.. Nah,duit yg adik minta tadi.

Adik pun berasa gembira
Anak: ohh! Terima kasih ayah.

Kemudian adik menyelak bantal tidurnya dan mengeluarkan beberapa helai wang kertas yg dikumpulnya. Ayah yang melihat adik sudahpun mempunyai duit,dia mula berasa marah. Adik mula menghitung jumlah duitnya.

Ayah: Adik kenapa adik meminta lagi duit kalau adik sudah ada duit?
Anak: sebab duit adik tadi tak cukup,sekarang baru cukup... Ayah,adik ada RM100 sekarang. Boleh adik MEMBELI SEJAM DARI MASA AYAH? Ayah pulanglah awal ke rumah esok. Adik teringin sangat nak makan malam dengan ayah,..

Si ayah pun berasa sangat terharu. Dia pun memeluk anak kecilnya itu dan meminta maaf.
Sumber: Adilah Wasiuddin

Pesanan Nabi Muhammad SAW kepada Aishah r.a .


Nabi Muhammad SAW berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara iaitu :

(1) Sebelum khatam Al Qur'an, 
(2) Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhirat. 
(3) Sebelum para muslim meredhai kamu, 
(4) Sebelum kau laksanakan haji dan umrah.

Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah Al Ikhlas 3 kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an. Bacalah selawat 3 kali untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Beristighfarlah 3 kali untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu. Dan, perbanyaklah bertasbih , bertahmid , bertahlil , bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"


Keistimewaan Solat.


1. Semua rukun Islam di fardhukan di bumi, manakala solat di fardhukan di langit ketika Nabi S.A.W mikraj bertemu Tuhan Penciptanya.


2. Solat di tunaikan secara berulang 5 kali sehari oleh semua orang Islam yang telah mempunyai syarat wajib menunaikannya. Solat wajib ditunaikan ketika bermukim dan ketika musafir, ketika sihat dan ketika sakit, ketika kaya dan ketika miskin. Kewajipan menunaikan solat tidak boleh dipindahkan kepada orang lain. Ini bermakna setiap orang tidak boleh menjadi pengganti kepada orang lain untuk menunaikan solat.

3. Solat adalah ibadat badan yang mesti dilaksanakan oleh setiap orang dan tidak boleh digantikan oleh orang lain.Seseorang tidak boleh menunaikan solat bagi pihak orang lain samada ketika orang itu masih hidup atau telah mati. Ini kerana solat adalah neraca pemisah yang membezakan hamba yang taat dan hamba yang ingkar, yang membezakan antara hamba yang tunduk patuh dan hamba yang lari dari ketaatan.

4. Kewajipan menunaikan solat tidak akan gugur daripada seseorang muslim yang telah cukup syarat taklif selagi mana dia kekal dalam keadaan sebagai seorang mukallaf, ketika perang, ketika aman, ketika sihat dan ketika sakit, ketika bermukim dan ketika bermusafir. Ketika aman di tunaikan dengan sempurna, ketika perang ditunaikan secara qasar. Ketika bermukim, solat ditunaikan secara sempurna dan ketika musafir secara jamak dan qasar. Ketika sakit ia di tunaikan mengikut kemampuan samada duduk, berdiri, berbaring atau menggunakan isyarat.

5. Solat adalah kewajipan pertama yang akan dihisab di hari akhirat kelak. Sekiranya solat di tunaikan dengan baik maka baiklah amalan-amalan lain. Sekiranya solatnya rosak maka akan rosaklah semua amalan yang lain.


*Istimewanya Solat Berjemaah*


Solat adalah perkara yang paling istimewa..Solat juga adalah amalan pertama yang akan di soal oleh Allah s.w.t di akhirat kelak..Solat/Sembahyang adalah yang paling istimewa di dalam Islam dan Solat juga adalah membezakan antara orang Mukmin dan orang Kafir..

Firman Allah " "sesungguhnya solat itu di wajibkan ke atas orang-orang mukmin pada waktunya" ("An Nisa : 103)

*Solat Jemaah*
Jemaah yang di maksudkan adalah sekumpulan atau beramai ramai..Solat berjemaah ialah solat melebihi pada seorang.Seorang imam dan seorang makmum,jika bertambah bilangan makmum makin bertambah fadhilatnya.

Solat berjemaah akan mendapat 27 darjat pahalanya berbanding solat berseorangan.
Sehari ada 5 waktu solat.

* Berjemaah (5 waktu x 27 darjat =135 )
* Bersendirian ( 5 waktu x 1 darjat =5) Jika di tukarkan kepada duit..sesorang yang solat berjemaah pada setiap waktu akan mendapat pendapat rm135 sehari..orang yang bersolat bersindirian akan mendapat hanya rm5 sehari..

Solat berjemaah di titiberatkan oleh Rasulullah S.A.W kerana :


* Membangkitkan perpaduan ummah.

*Rasulullah mengancam hendak membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah..

* Tidak akan berjaya seseorang tanpa bergerak dalam kumpulan yakni berjemaah.
{Di riwayatkan dari Imam Al Bukhari dan Muslim.}


-*HIDUPKU..MATIKU..SUJUDKU..HANYA PADA MU ALLAH-*




" PERTANYAAN MALAIKAT DIDALAM KUBUR "

Tanya : Man Rabbuka? Siapa Tuhanmu?Jawab : Allahu Rabbi. Allah Tuhanku.

Tanya : Man Nabiyyuka? Siapa Nabimu?Jawab : Muhammadun Nabiyyi. Muhammad Nabiku

Tanya : Ma Dinuka? Apa agamamu?Jawab : Al-Islamu dini. Islam agamaku

Tanya : Ma Imamuka? Apa imammu?Jawab : Al-Qur'an Imami. Al-Qur'an Imamku

Tanya : Aina Qiblatuka? Di mana kiblatmu?Jawab : Al-Ka'batu Qiblati. Ka'bah Qiblatku

Tanya : Man Ikhwanuka? Siapa saudaramu?Jawab : Al-Muslimun Wal-Muslimat Ikhwani. Muslimin dan Muslimah saudaraku..

Jawapannya sangat sederhana bukan?
Tapi apakah sesederhana itukah kelak kita akan menjawabnya?

Saat tubuh terbaring sendiri di perut bumi.
Saat kegelapan menghentak ketakutan.
Saat tubuh menggigil gemetaran.
Saat tiada lagi yang mampu jadi penolong.


Ya, tak akan pernah ada seorangpun yang mampu menolong kita.
Selain amal kebaikan yang telah kita perbuat selama hidup di dunia.

Astaghfirullahal 'Adzim..
Ampunilah kami Ya Allah..
Kami hanyalah hamba-Mu yang berlumur dosa dan maksiat..
Sangat hina diri kami ini di hadapan-Mu..
Tidak pantas rasanya kami meminta dan selalu meminta maghfirah-Mu..
Sementara kami selalu melanggar larangan-Mu..

Ya Allah...
Izinkan kami untuk senantiasa bersimpuh memohon maghfirah dan rahmat-Mu..
Tunjukkanlah kami jalan terang menuju cahaya-Mu..
Tunjukkanlah kami pada jalan yang lurus.
Agar kami tidak sesat dan menyesesatkan.. 

Aamiin Ya Rabbal'Alaamiin..


Isnin, 13 Mei 2013


13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita.



1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.
(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil
 Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melawati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.
(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)


4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.
(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.


5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)



6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.


7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.
(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)


9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)


10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)



11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.
(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)



12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.



13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

Riwayat Imran bin Hushain ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)


Sumber: https://www.facebook.com/AnugerahAllahYangTerindah

Sabtu, 11 Mei 2013


Solat
Ramai yang mengambil mudah dan ringan tentang ibadat solat.Apabila tidak solat maka timbullah beribu alasan yang diberikan antaranya sibuk kerja,tak ada masa,tak semapt dan yang jawapan yang paling mudah adalah lupa!Solat adalah amalan  pertama Allah Taala akan tanya di akhirat kelak.Solat yang diwajibkan ke atas umat Islam hanyalah 5 waktu dan melakukannya hanya 5 minit pada setiap waktu.

Syaitan
Syaitan & Iblis dilaknat bukan kerana tidak sujud kepada Allah Taala.Sebelum mereka dilaknat mereka merupakan makhluk yang mulia dan sentiasa sujud dan bertasbih kepada Allah s.w.t sehinggalah peristiwa Allah memerintahkan Iblis untuk sujud kepada Nabi Adam a.s sebagai tanda kebesaran Allah s.w.t tetapi Iblis ingkar dengan perintah Allah Taala.Bermula dari situlah Allah melaknat Iblis kerana tidak sujud kepada Nabi Adam a.s.


Kenapa manusia tidak solat dan sujud kepada Allah Taala sedangkan Iblis Laknatullah pun sujud kepada Allah s.w.t .Ini membuktikan bahawa manusia yang tidak solat lebih teruk daripada Iblis / Syaitan.Nauzubillah!

Sabda Nabi s.a.w .."Perjanjian di antara kita (orang Islam) dan mereka (orang kafir) ialah solat, dan barang siapa meninggalkan solat sesungguhnya dia telah menjadi seorang kafir"..(Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)

Perintah
Allah memerintahkan manusia untuk sujud kepadaNya dengan menunaikan solat 5 waktu sebagai tanda syukur dengan nikmat Allah taala tetapi masih ramai lagi manusia yang berani serta ego untuk tidak menunaikan solat.Sedangkan ramai yang tahu bahawa solat adalah wajib dan sesiapa yang meninggalkannya dengan sengaja maka akan di azab dan diseksa di kubur dan di akhirat kelak.

Firman Allah: 
"Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar), taatlah dan kerjakanlah sembahyang, mereka engganmengerjakannya." (Al-Mursalat 48 )

Ketika menggambarkan keadaan mereka pada hari kiamat,
Allah berfirman: 
"Pada hari betis disingkapkan dan mereka dipanggil untuk bersujud, mereka tidak dapat melakukannya (dalam keadaan) pandangan mereka tunduk, dan mereka diliputi kehinaan. Dan sesungguhnya mereka di dunia dahulu telah pun diseru supaya bersujud (tetapi mereka enggan), sedangkan mereka berada di dalam keadaan sihat." (Al-Qalam: 42-43) 


15 Sunnah Rasulullah


Berikut merupakan antara amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam dan ia menjadi sunnah buat umatnya yang dikasihi. Amalan ini mampu menjadikan seseorang itu mencintai baginda dan boleh membawa seseorang itu cenderung ke arah ‘soleh wa musleh’.
.
1. Senyuman
Abdullah bin Al-Harist Radliyallahu’an hu menuturkan, yang artinya, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam.” (Riwayat At-Tirmidzi)
.
2. Dahulukan Kanan
Daripada Aisyah, katanya: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam lebih suka mendahulukan yang kanan dalam segala hal (perbuatan) seperti memakai terompah, bersikat, berwuduk dan mandi.“ (Hadis riwayat Muslim)
.
3. Berpakaian
Ummu Salamah meriwayatkan: “Pakaian yang paling disukai oleh Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalam ialah pakaian Qamis).” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)
.
4. Bercelak
Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda: “Hendaklah kamu bercelak dengan menggunakan batu celak (Al-Itsmid) kerana celak dapat memperjelaskan penglihatan dan menumbuhkan bulu (mata).” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)
.
5. Memakai Cincin
Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam memakai cincin di jari tangan kanan Baginda.” (Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Hibban.)
.
6. Makan
Ka’ab bin Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam makan menggunakan ketiga jari Baginda. Selepas makan Baginda menjilati ketiga-tiganya. ” (Riwayat Tarmizi, Muslim, Abu Daud dan Ahmad)
.
7. Minum
Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan: “Ketika Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam minum, Baginda menarik nafas (menghela) dua kali.” (Riwayat Tarmizi dan Abu Syaikh)
.
8. Bersilaturrahim
Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu tentang sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan ataupun keburukan? Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan, adalah balasan (pahala) orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali silaturahmi, sedangkan yang paling cepat mendatangkan keburukan ialah balasan bagi orang yang berbuat jahat dan yang memutuskan persaudaraan.” (Riwayat Ibnu Majah).
.
9. Berjalan
Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Apabila Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam berjalan, tubuh Baginda tegak seperti sedang menuruni tanah yang landai.” (Riwayat Tarmizi dan Hakim)
.
10. Berkata
Anas Ibnu Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam mengulangi perkataan Baginda tiga kali supaya lebih difahami (oleh pendengarnya).” (Riwayat Tarmizi dan Hakim)
.
11. Tertawa
Abdullah bin Harith r.a. meriwayatkan: “Tawa Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam hanyalah senyuman.” (Riwayat Tarmizi )
.
12. Bergurau
Anas bin Malik r.a. meriwayatkan: “Betapa baiknya Nabi Shalallahu ‘alaihi wasalam menggauli kami. Baginda berkata kepada saudaraku yang masih kecil, ‘Wahai Abu Umair, apa yang sedang dilakukan oleh burung nughair?’” (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud, Nasa’i dan Ahmad)
.
13. Tidur
Aisyah r.ha. meriwayatkan: “Setiap kali hendak tidur pada malam hari, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam selalu menadahkan kedua tapak tangan sambil membaca Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas kemudian Baginda meniup kedua-dua tapak tangan tersebut. Setelah itu, Baginda menyapu bahagian tubuh yang terjangkau, dimulai dari kepala, wajah lalu bahagian depan tubuh Baginda. Hal itu Baginda lakukan sebanyak tiga kali.” (Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad)
.
14. Membaca al-Quran
Ya’la bin Mamlak bertanya kepada Ummu Salamah tentang cara Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam membaca al-Quran. Menurut Ummu Salamah, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam membaca al-Quran dengan sangat jelas kalimah demi kalimah. (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud dan Nasa’i)
.
15. Ibadah
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam melaksanakan solat hingga kedua-dua kaki Baginda bengkak. Beliau bertanya, “Mengapa engkau melakukan hal ini padahal engkau mengetahui bahawa Allah SWT telah mengampuni dosamu yang telah berlalu dan akan datang?” Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalam menjawab, ‘Tidakkah aku menjadi hamba yang banyak bersyukur?’.” (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Khuzaimah)
.
.
والله أعلم بالصواب
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)


Sumber:https://www.facebook.com/KamiSayangUlama

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar diduniaini ?"Murid 1 = " Gunung "Murid 2 = " Matahari "Murid 3 = " Bumi "

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar,tapiyang besar sekali adalahHAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179).Maka kita harus hati-hati dengan nafsukita, jangan sampai nafsu kitamembawa ke neraka."

IMAM GHAZALI" Apa yang paling beratdidunia? "Murid 1 = " Baja "Murid 2 = " Besi "Murid 3 = " Gajah "Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yangpaling berat adalah MEMEGANGAMANAH (Surah Al-Azab : 72 ).Tumbuh-tumbuhan,binatang, gunung, dan malaikat semuatidak mampu ketika Allah SWT memintamereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini.Tetapi manusia dengan sombongnyaberebut-rebut menyanggupipermintaan AllahSWT sehingga banyak manusia masuk ke nerakakerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang palingringan di dunia ini ?"Murid 1 = " Kapas"Murid 2 = " Angin "Murid 3 = " Debu "Murid 4 = " Daun-daun"

Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar,tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalahMENINGGALKANSOLAT . Gara-garapekerjaan kita atau urusan dunia, kitatinggalkan solat "Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali didunia ini? "Murid- Murid dengan serentakmenjawab ="Pedang "

Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yangpaling tajam sekali didunia ini adalah LIDAHMANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia denganmudahnya menyakitihati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.


Sumber:https://www.facebook.com/UstazAzharKata?hc_location=stream

Jumaat, 10 Mei 2013


Restu Ibu Imam Syafie

Sejak kecil, Imam Syafie telah hafal al-Qurandan banyak hadis. Jika mendengar ada gurudatang mengajar, dia segera pergi bagimenimba ilmu. Ketika berusia 14 tahun, ImamSyafie menyatakan hasrat kepada ibunyatentang keinginannya untuk merantau bagimenambahkan ilmu.Pada mulanya, ibunya merasa berat untukmelepaskan kerana Syafie adalah satu-satunyaharapan ibunya untuk menjaganya di hari tua.Demi ketaatan dan kasih sayang Syafi'e kepadaibunya, dia membatalkan keinginannya itu.Akhirnya ibunya mengizinkan Syafi’e merantaubagi menambah ilmu pengetahuan.Sebelumnya melepaskan anaknya, maka ibunyaberdoa, “Ya Allah Tuhan yang menguasaiseluruh Alam! Anakku ini akan meninggalkanaku untuk berjalan jauh, menuju keredhaanMu.Aku rela melepaskannya untuk menuntutpengetahuan peninggalan PesuruhMu. Olehkerana itu aku bermohon kepadaMu, ya Allahagar dipermudahkan urusannya. Peliharakanlahkeselamatannya, panjangkanlah umurnya agaraku dapat melihat kepulangannya nanti dengandada yang penuh dengan ilmu yang berguna.Amin!”Selesainya berdoa ibunya memeluk Syafie yangkecil dengan penuh kasih sayang dan denganlinangan air mata kerana sedih untuk berpisah.“Pergilah anakku. Allah bersamamu! Insya-Allahengkau akan menjadi bintang ilmu yang palinggemerlapan dikemudian hari. Pergilah sekarangkerana ibu telah redha melepaskanmu.Ingatlah bahwa Allah itulah sebaik-baik tempatuntuk memohon perlindungan.”Selepas ibunya berdoakan, Syafi'e menciumtangan ibunya dan mengucapkan selamattinggal. Dia meninggalkan ibu yang sangatdikasihinya dengan hati yang pilu danmengharapkan ibu sentiasa mendoakankesejahteraannya dalam menuntut ilmu.Oleh kerana kehidupannya yang sangat miskin,maka Syafi'e berangkat dengan tidak membawabekalan wang, kecuali dengan berbekalkan doaibunya dan cita-cita yang teguh untukmenambah ilmu sambil bertawakkal kepadaAllah.Ketika mengingati kisah ini, Imam Syafieberkata, “Sesekali aku menoleh kebelakanguntuk melambaikan tangan kepada ibuku. Diamasih berada perkarangan rumah sambilmemperhatikan aku. Lama-kelamaan wajah ibumenjadi samar ditelan kabus pagi. Akumeninggalkan kota Makkah yang penuhbarakah tanpa membawa sedikit pun bekalanwang. Apa yang menjadi bekalan bagi dirikuhanyalah Iman yang teguh dan hati yang penuhtawakkal kepada Allah serta doa restu ibukusahaja. Aku serahkan diriku kepada Allah serusekalian Alam.”


Sumber: https://www.facebook.com/KamiSayangUlama?fref=ts



11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT :

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.


2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.


3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.


4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).


5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.


6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.


7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.


8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.


9. Orang yang membelanjakan harta (infak).


10. Orang yang sedang makan sahur.


11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.