counter

Translate

Ahad, 28 April 2013



Berdoalah,nescaya ALlah makbulkan.


Semua manusia yang mengaku dirinya seorang muslim sedar,tahu dan yakin bahawa Tuhan [ALLAH] itu Maha Kuasa.Kerana Dia lah yang menciptakan langit dan bumidengan segala isinya.Tuhan Yang Maha Kuasa dan Maha Kaya juga bersifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

ALLAH kasih dan sayang terhadap manusia yang sentiasa ingat,taat,patuh dan selalu mengingatiNya pada setiap waktu.Oleh itu Allah amat senang apabila hambaNya sentiasa menadah tangan memohon atau selalu berdoa kepadaNya.Sebaliknya ALLAH amat marah terhadap manusia yang tidak pernah meminta [berdoa] kepadaNya.

Berdoa sangat mahal nilainya sebagaimana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud “Doa itu adalah otak ibadah”.
[Hadis Riwayat Imam Bukhari]

Dengan berdoa kepada ALLAH,maka terwujudlah bahawa ALLAHitu tempat memohon segalanya,dan manusia sebagai makhluq yang hina dan kerdil sentiasa berhajat kepadaNya.Pengabdian atau ibadah yang dikerjakan tanpa berdoa adalah tidak berjiwa,tidak hidup seperti tubuh yang tidak bernyawa.

ALLAH sentiasa membuka pintuNya untuk hamba-hambanya meminta,mengadu kepadaNya.Firman ALLAH yang bermaksud “Bila hamba Ku bertanya kepada mu mengenai Daku,katakanlah bahawa Aku sangat dekat kepadanya.Aku kabulkan doa orang-orang yang berdoa kepada Ku.Maka hendaklah mereka memperkenankan seruan Ku”.
[Al-Baqarah:186]
Firman ALLAH lagi yang bermaksud “Berdoalah kepada Ku,nescaya Aku perkenankan permohonanmu.Sesungguhnya orang-orang yang angkuh dari menyembah Ku,mereka bakal memasuki neraka jahanam dengan hina dina”.
[al-Mukmin:60]
Nabi s.a.w walaupun telah dijamin oleh ALlah s.w.t sebagai manusia agong dan terpuji,baginda tidak berhenti-henti berdoa dan mengharapkan pertolongan ALlah.Tambahlah kita yang sangat kerdil berbanding dengan Nabi s.a.w.

Sebagai umat Islam kita haruslah sentiasa berdoa pada setiap pekerjaan yang kita kerjakan dan pada setiap kesulitan yang kita alami.Hanya pada ALLAH sajalah yang kita harapkan dan memohon segalanya semoga kita sentiasa berada dikalangan orang-orang yang selalu dikasihi dan dirahmati oleh ALlah.

Jumaat, 26 April 2013


10 PESANAN IMAM SYAFIE.


Wasiat beliau , " Barangsiapa ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat hendaklah mengamalkan 10 perkara :


1 . Hak kepada diri sendiri - Mengurangkan tidur , makan , percakapan dan berpada - pada dengan rezeki yang ada .


2 . Hak kepada malaikat maut - Mengqada kewajipan tertinggal , mendapatkan kemaafan dari orang dizalimi , membuat persediaan untuk mati dan merasai cinta kepada Allah .


3 . Hak kepada kubur - Membuang tabiat suka menabur fitnah , memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang dizalimi .


4 . Hak kepada Munkar dan Nakir - Tidak berdusta , berkata benar , meninggalkan maksiat dan nasihat - menasihati .


5 . Hak kepada mizan ( neraca timbangan amalan pada hari kiamat ) - Mengawal kemarahan , banyak berzikir , ikhlas beramal dan sanggup menahan kesusahan .


6 . Hak kepada sirat ( titian merintangi neraka pada hari kiamat ) - Membuang tabiat suka mengumpat , suka membantu orang beriman dan suka berjemaah .


7 . Hak kepada Malik ( malaikat penjaga neraka ) - Menangis lantaran takutkan Allah , berbuat baik kepada ibu bapa , bersedekah dan memperelokkan akhlak .


8 . Hak kepada Ridhzuan ( malaikat penjaga syurga ) - Redha kepada qada Allah , sabar menerima bala , bersyukur atas nikmat diberikan dan bertaubat dari melakukan maksiat .


9 . Hak kepada Nabi Muhammad - Sentiasalah berselawat , berpegang kepada syariat , bergantung kepada sunnah , menyayangi para sahabat .


10 . Hak kepada Allah - Mengajak manusia ke arah kebaikan , mencegah kemungkaran , menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan .



# Semoga ini dapat membantu kita mempersiapkan diri sebelum kita kembali kepada Pencipta kita , INSYAALLAH .


Rabu, 24 April 2013

Iqtibar.

Kisah Wanita Yang Mengcungkil matanya Sendiri.


 Dalam kitab Jawahirul Bukhari menerangkan bahawa Hasan Basri sewaktu mudanya adalah seorang yang cantik. Hasan Basri sangat suka memakai pakaian yang cantik-cantik dan gemar berjalan-jalan di sekitar Kota Basrah. Pada suatu hari sedang Hasan berjalan, dia terpadang perempuan yang sangat cantik, lalu dia mengikuti perempuan tersebut. Apabila wanita itu merasai dirinya diekori, lalu wanita itu menoleh ke belakang lalu berkata : "Wahai orang muda, apakah kamu tidak malu?" dan berkata lagi : "Malulah kepada Allah SWT yang Maha mengetahui mata yang khianat dan apa-apa yang terdapat dalam hati" Hasan sangat tertarik dengan wanita tersebut, dia tetap mengekori wanita tersebut. Apabila wanita tersebut melihat Hasan terus mengekorinya, berkatalah wanita itu : "Mengapa kamu terus mengikuti aku?" Maka berkata Hasan Basri : "Sebenarnya aku terpesona dengan matamu yang cantik itu" Setelah sahaja wanita tersebut mendengar pejelasan dari Hasan, maka dia pun berkata : "Baiklah. Jikalau kamu cintakan mataku ini, maka aku harap kamu tunggulah di sini sebentar, sebentar lagi aku akan berikan kepada kamu apa yang kamu kehendaki" Setelah berkata demikian maka di dalam hati Hasan berkata : "Nampaknya dia telah menerima cintaku". Maka Hasan terus menunggu wanita itu sehingga wanita itu tadi datang kembali. Tidak berapa lama kemudian, datang seorang pembantu menghampiri Hasan sambil memberikan sebuah kotak yang tertutup. Lalu Hasan membuka kotak tersebut dan dia terperanjat apabila dia mendapati dalam kotak itu terdapat sepasang biji mata. Kemudian pembantu tersebut berkata : "Tuan puteriku berkata dia tidak memerlukan mata yang menyebabkan terpesonanya seseorang itu" Selepas kejadian itu, Hasan Basri tekad untuk meminta maaf kepada wanita itu. Malangnya wanita itu sudah meninggal sebelum Hasan meminta maaf. Hasan memangis tiga hari berturut-turut. Pada malam yang ketiga Hasan bermimpi menemui wanita itu. Wanita itu ditempatkan di dalam syurga. Lalu Hasan Basri berkata : "Kamu halalkanlah segala kesalahanku terhadapmu" Wanita itu pula berkata : "Sesungguhnya aku telah menghalalkan segala-galanya dan aku telah mendapat kebaikan yang banyak dari Allah oleh sebab kamu" Setelah Hasan mendengari pengakuan wanita tersebut maka dia pun berakata : "Berikanlah kepadaku sesuatu nasihat yang baik" Berkata wanita tersebut : "Apabila kamu bersendirian hendaklah kamu berzikir kepada Allah setiap pagi dan petang, beristighfarlah, mohonlah ampun kepada Allah dan bertaubatlah kepadanya" Akhirnya Hasan melaksanakan segala nasihat perempuan itu. Hasan Basri mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah serta Beliau menjadi wali kekasih Allah.

- Seorang wanita telah mencungkil matanya disebabkab menjadi bahan fitnah, tetapi hari ini wanita berlumba-lumba untuk menunjukkan kecantikan dirinya dan menunjukkan aurat mereka dengan mendedahkan apa yang dilarang oleh Allah Wahai saudaraku tutuplah aurat, janganlah kamu menunjukkan kecantikan mu itu sebab bakal yang melihat aurat mu itu adalah dari mereka yang hendak merosakkan dan bukan yang hendak memelihara. Dan apabila seseorang lelaki itu cinta kepada perempuan yang menunjukkan aurat cinta itu sebenarnya berserta dengan syaitan yang mengoda lelaki itu. Tidak rugi seorang wanita itu menutup auratnya, melainkan dia mendapat pahala di sisi Allah, InsyaAllah dia akan selamat dari segala macam Fitnah.

Rabu, 17 April 2013


10 Golongan yang akan diusir di Padang Mashar.


1. Mereka diusir berupa kera. Mereka adalah manusia yang suka mengadu domba.
http://my.effectivemeasure.net/emnb_18_27556.gif?2220457852. Mereka diusir berupa babi. Mereka adalah manusia yang suka memakan barang yang haram.
3. Mereka dihalau dalam keadaan terbalik kaki di atas dan kepala di bawah. Mereka adalah dari golongan yang suka berdusta.
4. Mereka dihalau dalam keadaan bisu dan pekak serta tidak berakal. Mereka adalah dari golongan yang riak, bangga diri dan sombong.
5. Mereka dihalau dalam keadaan mengunyah lidah sendiri sedang lidahnya itu menjulur ke bawah sampai ke dadanya dan dari mulut keluar nanah yang menjijikkan. Mereka adalah pemidato yang ucapannya berlainan dengan perilakunya.
6. Mereka dihalau dalam keadaan tersalib di pohon kurma dari neraka. Mereka adalah manusia yang berusaha mengajak orang ramai untuk menyokong pemimpin yang tidak jujur.
7. Mereka dihalau dalam keadaan terpotong tangan dan kakinya. Mereka adalah orang yang mengganggu jirannya.
8. Mereka dihalau dalam keadaan buta. Mereka adalah dari golongan yang curang dalam menetapkan hukum.
9. Mereka dihalau dalam keadaan busuknya lebih busuk daripada bau bangkai. Mereka adalah orang yang gemar melepaskan nafsu syahwat dan menolak perkara wajib seperti zakat, puasa, solat, tidak menjalankan kerja dakwah dan sebagainya.
10. Mereka dikumpulkan dalam keadaan memakai pakaian besi yang panas. Mereka adalah manusia yang syirik kepada Allah SWT.

Selasa, 16 April 2013


15 Soal Jawab Orang Kafir Yang Persoalkan Kebenaran Islam.


Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah sempurna Islam itu. Maka, semua persoalan dan keraguan tentang Islam, pasti akan ada jawapannya. Hanya ilmu di dada sebagai penentu, jawapan apa yang perlu diberi bagi membidas kembali persoalan dan keraguan yang sengaja ditimbulkan oleh orang bukan Islam pada orang Islam. Ada di antara mereka yang bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yang ilmu hanya ala kadar berasa was-was dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was-was dengan agama yang dianutinya. Nauzubillah.

Soalan-soalan yang dinyatakan di bawah, sebenarnya memang benar-benar pernah ditanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam. Jadi jawapan yang disampaikan di bawah ini diharap dapat membantu membidas persoalan tersebut.

1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?

Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

2) Nama Nabi Isa lebih banya disebut daripada nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran. Tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?

Dalam Bible, nama syaitan lebih banyak daripada nama Nabi Isa. Jadi, adakah syaitan lebih hebat daripada Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan Nabi dan RasulNya. Walaubagaimanapun, Allah lebih Maha Mengetahui.

3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja Nabi Isa itu Tuhan kan?

Dalam banyak-banyak kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga ada menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata “Siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka”. (Kitab Injil yang menjadi rujukan pengganut Kristian sekarang ini sebenarnya telah dimanipulasi isi kandungannya)

4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?
Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Contohnya, jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulung masih hidup, anak sulung tetap kekal pangkatnya sebagai yang sulung.

5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.

Antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak menyembah Mariam saja? Bukankah Mariam itu ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam merupakan manusia pertama juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga. Jadi, kenapa tidak disembah Adam saja?

Firman Allah swt : “Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” maka menjadilah ia. -Surah Al-Imran, ayat-59.

6) Jika membaca tafsir, Allah berfirman sekejap guna ‘Aku’, sekejap guna ‘Kami’. Kenapa? Bukankah maksud ‘Kami’ itu mewakili ‘Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)’?


Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. ‘Aku’ kata jamaknya ‘Kami’ yang menggambarkan tentang ‘Allah dan keagunganNya’ . Bukankah Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna ‘We’ bukan ‘I’?

7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?

Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

8) Sami Buddha vegetarian bertanya, kenapa Islam disuruh membunuh binatang untuk dimakan? Bukankah itu zalim kerana membunuh hidupan bernyawa?
Sains telah membuktikan bahawa sayur dan pokok turut mempunyai nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ada banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Apabila kita membunuh (sembelih) seekor lembu, sebenarnya kita telah menyelamatkan banyak nyawa manusia daripada mati kelaparan.
9) Sami Buddha menjawab “Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria. Bunuh binatang dosa besar”

Habis tu, adakah kita cuma berdosa kecil jika membunuh orang yang pekak, buta, dan bisu hanya kerana dia tidak ada deria?

10) Sami Buddha menjawab lagi “Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik”

Jadi, makanlah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus.

11) Sami Buddha berkata lagi, “Makan binatang akan dapat banyak penyakit”

Sebenarnya, penyakit datang kerana kita banyak makan. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Nabi juga suruh berhenti makan sebelum kenyang. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran. Bukankah tembakau dan ganja itu juga berasal dari tumbuhan? Lagi besar penyakitnya. Lembu yang ragut rumput hari-hari pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan.

12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?

Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan. Jika begitu, batu dan kayu juga ciptaan Allah. Manusia juga ciptaan Allah. Nak jadi kanibal?

13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari-hari sembah Kaabah.

Islam bukan sembah Kaabah. Tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam sembah Allah, kaabah cuma kiblat. Ada bezanya. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindu tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari-hari pijak gambar Kaabah di sejadah. Jika ada sepanduk gambar Kaabah direntangkan di KLCC sekalipun, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah. Bukan sembah Kaabah!
14) Kenapa perlu ikut Nabi Muhammad saw? Nabi dan Rasul sebelum baginda itu sesatkah?

Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.

15) Apa bukti Allah wujud? Mana Allah? Tak nampak pun.

(Tampar beliau!) Kemudian cakap, sakit itu wujud dan boleh dirasa, tapi adakah kita nampak sakit itu? Begitu juga dengan kewujudan Allah. Allah itu wujud dan kita boleh rasa nikmat pemberian-Nya, tapi kita tak boleh nampak Allah.



10 Surah Yang Sangat Baik Diamalkan Dalam Kehidupan Seharian.
 
 Surah (سورة)- sūratun merupakan perkataan arab bagi "bab Dalam al-Qur'an". Surah-surah tersebut telah diturunkan sepanjang 23 tahun dan mempunyai ciri-ciri dan kronologi masa yang tersendiri. Jumlah surah yang terdapat dalam Quran adalah 114; yang mana nama-nama dan had-had bagi setiap surah serta susunan ayat itu sendiri adalah menurut ketentuan yang telah ditetapkan dan diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Sebahagian dari surah-surah mempunyai satu nama dan ada yang mempunyai lebih dari satu nama.

10 Surah Yang Sangat Baik Diamalkan.

1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.


2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.


3. SURAH AT-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.


4. SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.



5. SURAH AL-KHAUTHAR


Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.


6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita. 


7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur.


8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya. " Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."


9. SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.


10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.